bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya nyawa kita masih panjang dan berkesempatan untuk menyambut bulan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan2 yang lain di mana seluruh umat Islam seluruh malaysia dan dunia diwajibkan berpuasa selama sebulan disamping banyak melakukan ibadah2 sunat dan wajib sepanjang bulan ini...
Alhamdulillah bulan puasa pada tahun ini saya masih mampu berpuasa meskipun sedang sibuk dengan tugas2 dan kerja yang perlu dilakukan demi mencari sesuap nasi utk menyara keluarga dan diri sendiri pada masa ini.
time2 puasa ni aku masih mengenangkan sewaktu aku ber 'part time' berniaga laksa johor, lauk2 , dan sedikit kuih muih dengan arwah makcik aku di Medan Mara Kuala Lumpur sekitar tahun 2003-2004. skrg tempat meniaga tu da xde sebab bangunan lama MARA tu da dinaiktaraf jadi bangunan baru sekarang... bila lalu kt situ.. aku selalu terkenangkan peristiwa tu.. :')
ini ler laksa johor tu.. hehe..
sekarang ni aku nak merasa laksa johor setahun sekali dua je kot... maklumlah kt kl ni jarang ade org jual laksa tu.. klau aku balik JB pn bkannye beli pun.. hahaa...
seminggu je lagi nak raya...masa berlalu dgn cepat je rasanya... tahun ni aku akan beraya di kampung mak aku kt Raub, Pahang.. kt sana suasana kampung.. agak seronok la time2 raya.. hehe..
sampai sini sahaja lah cerita aku pasal bulan puasa ni da x tau nk cite ape da.. klau rajin aku post la lagi cerita2 aku ni..(kalau rajin la)
Wassalam dan selamat berpuasa... :)
No comments:
Post a Comment