Follow2..

About me

My photo
Presint 9 , Putrajaya, KL, Sgor, Malaysia


Tinggi : x tinggi sgt
Berat : agak berat
Kaki : Saiz 9
Pinggang : 34
Baju : L
Rambut : Lurus + Hitam
Kenderaan : Proton Waja
Kerja : Censorship Compliance Operator
Kelulusan : Diploma IT (Programming)
Cakap Omputeh : sikit2
Cakap Melayu : terer
Janji Melayu : lagi terer
Y.m : mysweetshadows88
Single✔ Taken❒ Divorced ❒

ApRiL 2 May 2010- Most Buziest Month...






April To May 2010... adalah bulan bagi aku yang agak mencabar fizikal dan mental diri aku sndri.. bulan ni berbagai2 tugasan, mini projek, final projek, kuiz dan exam yang membuat diriku dan rakan kelas aku x tentu arah dan ade setengahnya suda jadi zombie pun ada.. hahaha..

tapi nk wat mcmane da ini dugaan sebagai seorang pelajar IPT. kne la redah ape jua dugaan yang mendatang skrg ni... asgment yang byk menyebabkan aku setiap ari duk mengadap laptop, nota, printer, dan berokband smpai aku nk msg ngan awek aku pn xde mse, pagi2 kne p kels, balik kels, pi tidoq plak, mlam kne wat asgment ngn ape2 juga tugasan smpai klau esknye ade exam ataupun kuiz pn x sempat nak study.. tp yang PENTING.. !! Proposal Final Project yang masih under construction skunk ni dan akan dipeejent(present) bulan depan..... hohohoho...

20 April 2010 - makan2 di Radix Chicken House, Kangaq, Perlis






Dalam pukul 2.30 ptg... apabila kelas java programming dibatalkan ari ni... aku ngan geng2 aku iaitu boy, wafi, afif ngan abg long menuju ke pekan Kangar utk Lunch kt Radix Chicken House yang dkat situ gak..


Perjalanan bermula dengan berkonvoi 3 bijik motor, tp aku menumpang je.. setelah berjaya melepaskan diri dari PTSS wat sementara waktu pda ptg tu, kitorang pn truslah pegi makan kt restoran tu.. nak g sne kne folow superbike abg long pasl die sorang je yg tau restoran tu kt mane... Aku pun x penah dan itu first time aku makan kt restoran tu. selalunye aku lalu dpan je kt restoran tu. Makanan kt situ leh r tahan.. tp KFC kt Kangar jugak lgi sedap dripada makanan kt Restoran tu.. aku ngan memember aku mkan Chicken Chop yang nmpak menyelerakan la jgk.. pas abis makan kitorang pun balik dengan perut yang kenyang dan senang ati.. tapi mlm pastu kitorang terpakse mengadap asgment dan perlu study untuk exam Rangkaian komputer pada hari esoknyer... daa...

My Final-pRoject- SisTem PenguRusan TemuJanJi KaunSeLing









Dalam semester ni aku dgn partner aku iaitu kawan sekelas aku yang dari politeknik lame aku yang kini sekelas ngan aku jgk untuk mendevelopkan sejenis sistem yang memg agak pecah kepala nk wat introduction die ni.. walaupun semester ini tugasan aku untuk menyiapkan satu proposal untuk sistem ni yang memang banyak aspek2 ngan prosedur yang diberikan oleh pensyarah projek akhir aku ni.. sistem yang aku ngn partner aku kne wat ni nampak je senang.. tapi huru hara la hendaknye bile nk wat. tapi dengan kerahan2 tenaga dan akal pikiran yang berserabut untuk sistem ni, contoh prosedur ngan langkah2 untuk develop sistem ni aku kne wat ER-Diagram, Gannt Chart, Data Flow Diagram dan sebagainya.. skrg ni nk kne wat literature review iaitu kne wat perbandingan sistem yg aku kne wat ngan sistem dri spesis yang same yg sedia ade kt industri perkaunseling ni.. penyelia yang menyelia projek aku ni adalah Encik Azrin yang ngaja HCI kels aku sem lepas, tp kebanyakan prosedur aku kne refer ngan cik Mimie yang aja Database aku sem lepas.. memg terpaksa menerima pelbagai komen dan cadangan yang agak memanaskan telinga la jgk.. huhu.. tp secaral keseluruhannya masih boleh berada di tahap yang agak memuaskan dan memerlukan banyak kajian dan pengetahuan untuk menyiapkan proposal untuk dibentangkan pada bulan depan.. Gambar di atas adalah serba sedikit prosedur yang diterima dan perlu di naiktaraf dengan mengikut perancangan yang diberikan oleh penyelia aku... hehe..

My hobbY- PhoTo Editing









mengedit gambar ni da jadi hoby aku sejak aku blaja kt poli sabak bernam dlu sejak aku blaja software adobe photoshop mse sem 1 ngn sem 2... da macam2 gmbr aku cube try test mengedit tp kebanyakkannye gmbr aku sndri la...

aku edit gambar kne tgk mood aku sendiri jgk.. klau mood aku ok, gmbr yg nmpak gembira la aku dpt wat.. tp kbnyakannye gambar yg aku wat time aku tgh sedeh, mood jiwa kacau. gambar tu pn diserikan lagi ngan ayat2 yang ntah ape2 ntah... ni yg aku nk bgtau yang sebenarnye ayat2 tu adalah lirik lagu je.. tp ade gak ayat yg aku reka sndri.. tp xde la panjang mcm lirik lagu tu.. tp tajuk lagu tu korang carik sndri la kt google.. copy paste je..

skrg aku tgh cube try test edit gune software photoscape. software ni xde la susah sgt, tp simple n senang ckit nk gune dr photoshop. gambar di atas adalah contoh2 gambar yang aku da edit dgn cara dan mood aku sndri. klau sape2 nk mintak aku editkan gmbr korang, leh aje.. kne bgtau dlu la ek..

MY MoSt IMPORTANT









aset yang paling penting dalam hidupku adalah keluarga ku...

dlam family aku ade 4 org iaitu

Abah : Wan Esa bin Wan Mohd

Mama: Mariah bt Hj Sani

Kakak: Wan Nur Amalina bt Wan Esa

yang awek mat saleh tu adalah adik angkat dari Jerman aku yang tinggal dengan family aku selama 6 bulan. nama die klau x silap aku Irmela Homolka. tapi aku panggil die Milah.. hehe..die skarang berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Seksyen 5 Wangsa Maju. Ayah aku berasal dari Johor Bharu dan bkerja sebagai drebar Teksi yang memg selalu Busy 24jam mengambik dan menghantar org demi mencari rezeki untuk keluarga aku. mamaku berasal dari Raub, Pahang dan bkerja kat kementerian pertahanan (Mindef) yang skrg opis die kat Zetro Wangsa maju, Kuala Lumpur. Kakak Aku blaja kt Universiti Malaysia Terengganu kt Tganu amik kos Degree Post-Harvest (Pertanian). pasni die pratikal kt Ayer Hitam, Johor.

I Love My Family So Much...

BONZHAI CREW








Dianggotai oleh aku, palie, boy, atyn, mek ,wawa, ulfah.


Diorang ni adalah member kamceng aku kt PTSS ni.. wlaupun org pandang bonzhai crew ni kecik besar kecik besar (adnan sempit)je, namun persahabatan aku ngan diorang masih kuat dan byk event holiday n hang-out bersama di sekitar utara semenanjung ni..

Antara Event yang telah dijayakan dengan jayanya dan kami berpuas ati adalah pada 5 hb Mac 2010 iaitu Percutian ke Pulau Langkawi, Kedah selama 3 hari 2 malam.. sebelum kitorang g holiday tu bermacam2 dugaan yang dtg akibat perasaan iri hati sesetengah pihak secara langsung dan tidak langsung.. tp percutian ini dapat dijayakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...

MELANGKAH KE DUNIA BARU...








PTSS
(POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, ARAU,PERLIS)


Aku menyambung study aku bermula pada bulan puasa tahun 2009... memg pecah pinggang la jgk nak sampai dr KL ke perlis ni.. memg bnyk dugaan dan cabaran bile aku smpai kt cni.. firstly, kwan2 kt cni semakin lame semakin rapat ngan aku.. semoga berkekalan persahabatan aku ngan mmbr2 kt cni yg dtg dr serata malaysia.. aku kne smbung diploma IT kt cni kne 1 stgh tahun plak.. ujung tahun 2010 ni aku habis.. Insyallah..
aku ditempatkan di kelas QIP5 dengan kawan2 baru dan lama yang datang dari politeknik di serata malaysia termasuk dengan politeknik lame aku smase aku amik sijil iaitu PSIS. Kat cni aku menghadapi pelbagai dugaan mcm asignment, mini projek, exam, kuiz yg bersepah.. sekarang aku da hampir setahun kt cni.. smoga pointer aku yg memg down gile sem lepas dpt naik 3.0 ke atas pn jd la.. kini aku dan kengkawan sekelas terus berjuang untuk menggenggam segulung diploma di sini.. Insyallah..